CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »


 Ni bbm Pendidikan Islam (Rukun Iman) yg telah dihasilkan awal tahun 2012 sejak berpindah ke kelas baru... mmg kerja keras awal tahun haritu sbb kelas yang saya ambil ni mmg xde byk sgt bbm..Bagai nak gila tengok banyak ruang kosong last2 ambil inisiatif buat sendiri, jimat sikit kalau buat bbm sendiri.Kadang2 ambil dari kawan2 share-share (sharing is caring katakan hihihihi... apa yang penting matlamatnya sama untuk meningkatkan kualiti tahap pendidikan kanak-kanak.Nanti saya bagi rukun islam x sempat nak upload lagi line meragam pulak sejak musim hujan ni. Iskk~!






 Ada 1 nak share kat sini scrap book utk family..Sebenarnya buku ni di buat utk anak saya yang belajar di Permata SUK.Adalah tugasan kerja diberikan dimana kena membuat buku scrap book di rumah.So saya hantar yg ini..Kalau berminat boleh la kita share-share yer  =)






Kad A-Z yang diberikan pada setiap kanak-kanak di kelas semasa awal tahun..

Ni antara bbm yang saya hasilkan sendiri kalau rasa-rasa berminat bolehla click kat gambar   tersebut dan download tadaaaa... nak cantik lagi boleh print n terus laminate tampal kat kelas.





Alat Bahan
1.Bahan – Topeng Harimau
2.Bilangan Pemain – Tidak terhad

Cara bermain
1.Pilih seorang kanak-kanak untuk menjadi “Datuk Harimau”
2.Kanak-kanak lain berdiri dibelakang  ‘ Datuk Harimau’ pada jarak lebih kurang 2 meter.
3.Kanak-kanak yang berjalan di belakang akan berteriak menyebut ‘ pukul berapa datuk harimau?’
4.’Datuk Harimau’ kemudiannya menjawab ‘ pukul 1’ atau ‘pukul 3’
5.Apabila  ‘Datuk Harimau’ menjawab ‘ Pukul…. Aku lapar…’ ia akan menoleh ke belakang dan cuba menangkap kanak-kanak di belakangnya.
6.Setiap kanak-kanak yang berada di belakang perlu menyelamatkan diri agar tidak ditangkap oleh ‘Datuk Harimau’ itu.
7.’Datuk Harimau’ boleh menangkap murid pada bila-bila masa dan tidak semestinya menunggu sehingga selesai pukul 12.
8.Mereka yang telah ditangkap akan menjadi ‘Datuk Harimau’ dipusingan seterusnya.
9.Permainan ini boleh diulang-ulang seberapa benyak pusingan.Pemain yang paling kerap ditangkap dikira kalah.


Pengenalan
Permainan guli ialah melontarkan guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan dua belas tahun. Jumlah pemain tidak melebihi lima orang.
Kawasan tanah rata dan lapang adalah gelanggang yang sesuai untuk tempat bermain guli. Biji guli yang digunakan untuk permainan ini adalah jenis guli yang diperbuat daripada batu kapur, berwarna putih dan sebesar ibu jari kaki.

Gelanggang
Satu bulatan dilukiskan di atas tanah berukuran garispusat 1m. Ditengah-tengah bulatan tersebut dilekukkan sebuah lubang sebesar 10sm. lebar dan sedalam 7sm. dengan menggunakan tumit kaki yang dihentakkan ketanah. Lubang tersebut dinamakan lubang induk. Satu garisan lurus dibina dengan jarak 3m. daripada garisan besar tersebut. Garisan ini adalah sebagai penanda mula tempat permainan.
Cara Bermain
Untuk memulakan permainan setiap pemain hendaklah meleretkan biji guli masuk ke dalam lubang induk. Guli yang masuk ke dalam lubang induk atau yang terhampir adalah dikira sebagai pemain yang pertama memulakan permainan dan diikuti oleh guli-guli kedua hampir dan seterusnya.
Pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang berada di dalam kawasan bulatan agar terkeluar. Sekiranya jentikan tidak mengena ia dikira mati dan pemain kedua akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada, begitulah seterusnya sehingga semua pemain selesai membuat jentikan ke atas guli pemain lainnya.



Pengenalan
Dibeberapa tempat permainan ini dinamakan juga sebagai main sorok-sorok. Kanak-kanak lelaki dan perempuan amat mengemari permainan ini, ia amat mudah dan jumlah pemain yang tidak terhad. Lebih ramai yang bermain lebih mendatangkan keseronokan dan bertambah meriah lagi bagi mereka.
Jenis permainan luar rumah dan memerlukan kawasan yang luas, persekitaran rumah akan dijadikan gelanggang. Sebatang pokok atau tiang akan dijadikan ibu atau rumah iaitu induk untuk pemain yang akan mencari rakan mereka yang menyorok.
Undian
Sebelum permainan dijalankan, kesemua pemain akan mencari seorang yang dinamakan pencari. Undian secara lai lai li tam plong dijalankan kepada semua pemain.



Aneka batu seremban
Pengenalan
Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanak-kanak perempuan gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.
Guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasanya digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.
Permainan ini sering dimainkan diwaktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah atau dimana sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata dan bersih. Para pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara begini memudahkan permainan tersebut dimainkan.
Menentukan Giliran
Sebelum permainan dimulakan, seorang demi seorang pemain dikehendaki menimbang buah, bagi mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan bermain dahulu sebagai pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Cara menimbang buah adalah dengan kesemua buah diletakkan di atas tapak tangan dan dilambung keudara, kemudiannya hendaklah disambut pula dengan belakang tapak tangan. Jumlah buah yang dapat disambut itu adalah dikira sebagai mata.


Senarai keperluan
1.Bola
2.Kawasan lapang          

Peraturan permainan
Apabila bola dapat ditangkap oleh monyet, orang yang mencampak bola kena menjadi monyet.

Cara Bermain
1.Setiap kumpulan mesti ada 3 orang kanak-kanak
2. orang di depan dan dibelakang.
3.Seorang ditengahnya sebagai monyet
4.Pemain akan mencampak bola pada rakannya
5.Pemain yang menjadi monyet  mesti menangkap bola apa rakan tersebut sedang mebaling bola tersebut.
6.Apabila monyet dapat menangkap bola, rakan yang membaling bola tadi akan digantikan menjadi monyet pula.
7.Aktiviti boleh dilakukan dalam banyak kumpulan.


permainan bola dan monyet




Tujuan Permainan
Kanak-kanak dapat menjulur dan menyusur

Tempat
Kawasan lapang

Alat Bahan
Gelung rotan  8 unit

Peraturan Permainan

1.Setiap kanak-kanak perlu menyusur dalam gelung rotan sehingga kehujung barisan.

2.Orang yang seterusnya hanya boleh masuk ke gelung apabila orang yang sebelumnya sudah tamat menyusur.

Cara Bermain

1.Buat 4 barisan , 2 barisan  kanak-kanak tidak memegang gelung rotan dan 2 barisan untuk kanak-kanak memegang gelung rotan .Setiap barisan ada  ada 4-6 orang (mengikut jumlah kanak-kanak)

2.Barisan kanak-kanak dan pemegang gelung rotan berada dalam barisan bertentangan.

3.Apabila wisel dibunyikan wisel orang pertama berlari dan terus menyusur ke dalam gelung sehingga tamat.

4.Diikuti dengan rakan seterusnya.



Senarai  keperluan
1.Peralatan – tiada
2.Tempat – kawasan lapang
3.Bilangan kanak-kanak :Setiap kumpulan mengandungi 3 orang. Tiada had bilangan kumpulan.

Peraturan permainan.
1.Setiap kumpulan mengandungi 3 orang kanak-kanak.Dua orang daripada 3 tadi perlu menjadi sangkar dan seorang lagi menjadi burung.
2.Setiap kali burung terbang keluar mereka tidak boleh masuk ke dalam sangkar asal mereka , tetapi mesti mencari  masuk ke dalam sangkar lain.

Cara Bermain
1.Dua orang kanak- kanak menghadap antara satu sama lain berpegangan tangan untuk menjadi sangkar.
2.Seorang kanak-kanak lagi menjadi burung berdiri di dalam sangkar.
3.Terdapat juga beberapa burung di luar sangkar yang tidak mempunyai sangkar.
4.Apabila guru menyebut , “burung terbang” ataupun membunyikan wisel semua burung perlu terbang di luar sarang , termasuk burung yang tidak mempunyai sangkar.
5.Apabila guru menyebut “Burung Pulang” atau pun menbunyikan wisel semua burung perlu mencari sangkar yang kosong.
6.Burung tidak boleh masuk ke dalam sangkar asal mereka dan mesti bertukar sangkar lain.
7.Permainan boleh diulang beberapa kali.
8.Kanak-kanak yang menjadi sangkar tadi boleh bertukar menjadi burung pula.
Burung masuk ke dalam sangkar







Senarai keperluan
1.Bahan – Sapu tangan
2. Tempat –kawasan lapang
3.Bilangan permain (6 orang atau lebih)

Cara bermain
1.Kanak-kanak diminta membuat bulatan dan duduk mencangkung
2.Pilih seorang untuk membawa sapu tangan berjalan mengelilingi bulatan.
3.Pembawa sapu tangan (pemain A) boleh meletakkan sapu tangan  dibelakang pemain lain yang dipilih (pemain B) tanpa disedari oleh pemain itu.
4.Pemain A perlu berlari kerana dia akan dikejar oleh pemain B
5.Pemain B perlu mengejar pemain A dan membaling sapu tangan tersebut kepada pemain B.
6.Pemain A perlu menyelamatkan diri dengan memasuki tempat duduk yang dikosongkan oleh pemain B itu tadi.



Peralatan:Belon,gelang getah

Cara Bermain:
Pertandingan ini adalah secara individu.Peserta perlu berlari sambil meniup belon hingga sampai di destinasi yang sejauh 30 meter dan peserta lari balik ke tempat permulaan.Apabila sampai ke tempat akhir iaitu tempat permulaan,belon mestilah sudah diikat dengan getah.Peserta yang sampai dahulu adalah dikira pemenang.

Peraturan:-
Sekira semasa berlari belon terlepas ataupun pecah, belon yang baru akan diberikan tetapi peserta mestilah berlari semula dari tempat permulaan.


Peralatan:Pundi kacang dan bakul

Cara Bermain:

Pemain A dikehendaki membaling pundi kacang ke arah belakang dan disambut oleh pemain B.Seterusnya B ke C dan C ke D.Pemain E dikehendaki memegang bakul untuk menyambut pundi kacang yang dibaling oleh D.Masa yang diberikan ialah 5 minit.Markah dikira berdasarkan bilangan pundi kacang yang  terbanyak. Pasukan mengutip pundi kacang yang terbanyak dalam acara ini akan  menjadi pemenang.

Peraturan:-
Pemain hendaklah membaling pundi kacang kepada orang dibelakangnya. Contohnya, pemain A mestilah membaling pundi kacang kepada pemain B dan bukan kepada pemain C,D atau E.Setiap pemain hendaklah menghadap ke hadapan semasa membaling atau menyambut pundi kacang.Pemain tidak boleh menoreh kepala ke belakang semasa membaling pundi kacang.Jika pemain membaling pundi kacang dan pemain di belakangnya tidak  dapat menyambut pundi kacang itu, maka permainan perlu dimain semula dari pemain A.Markah tidak akan diambil kira sekiranya terdapat salah satu pemain daripada kumpulan itu gagal menyambut pundi kacang.






Peralatan:Kerusi dan Muzik Radio

Cara Bermain:
Semua peserta terlibat dalam permainan ini kecuali penjaga radio. Permainan dimulakan dengan meletakkan 9 buah kerusi dalamsatu bulatan. Semua peserta akan berdiri di hadapan kerusi danbergerak apabila muzik dimainkan. Apabila muzik dihentikan, kesemuapeserta perlu berebut untuk mendapatkan kerusi yang ada dan duduk.

Jika pemain yang tidak berjaya mendapatkan kerusi, pemain tersebut akan terkeluar daripada permainan ini.Kemudian, sebuah kerusi akan dikeluarkan, permainan diteruskan sehingga hanya tinggal sebuah kerusi bagi dua orang pemain.Pemenang dikira berdasarkan kepada pemain terakhir yang berjaya merebut kerusi yang tinggal.



Permainan Mencari Cucu merupakan permainan tradisional yang dimainkan oleh kanak-kanak diluar rumah. Ianya dimainkan oleh beberapa orang dengan jumlah yang ramai. Halaman rumah atau tempat lapang merupakan gelanggang yang sering digemari oleh mereka.
Didalam permainan ini terdapat dua buah lagu khas yang didendangkan. Sehelai sapu tangan atau kain untuk menutup mata dan sebatang kayu tongkat diperlukan sebagai alat.
Menentukan Nenek
Sebelum permainan dimulakan seorang dari mereka haruslah menjadi nenek. Bagi menentukan nenek maka undian secara lai lai li tam plong perlu dijalankan. Siapa dikalangan mereka yang kalah dalam undian tersebut maka akan ditutup matanya dengan sapu tangan atau kain untuk dijadikan nenek. Sebatang tongkat diberikan untuk dipegang dan berperlakuan seperti nenek tua yang buta.
Permainan Cari Cucu
Kesemua pemain membuat satu bulatan mengelilingi nenek dengan berpegangan tangan diantara satu sama lain. Sebuah dendangan dinyanyikan oleh cucu secara beramai-ramai.
Nyanyian

Nenek, nenek,
si bongkok tiga.
Siang mengantuk,
malam berjaga.
Mencari cucu
dimana ada.
Nenek ku kahwin
dengan anak raja.
Ketika cucu bernyanyi berpusing-pusing mengelilingi nenek, maka perlakonan nenek seperti orang buta terbongkok-bongkok dengan menggunakan tongkat mencari jalan.
Setelah cucu tamat mendendangkan nyanyian, maka nenek pula mengambil giliran mendendangkan nyanyiannya.
Nyanyian

Cucu, cucu
tak dapat lari.
Nenek tua
banyak sakti.
Sekarang nenek
nak cari ganti.
Siapa yang kena,
dia yang jadi.
Setelah selesai dendangan nenek masing-masing cucu duduk mencangkung mendiamkan diri dengan harapan nenek tidak mengetahui kedudukan mereka. Dengan menggunakan tongkat nenek mencari-cari cucu yang mendiamkan diri disekelilingnya. Setelah berjaya menangkap seorang cucu nenek perlu meneka nama pemain tersebut dengan betul.
Sekiranya tekaan nenek itu betul maka pemain tersebut akan menjadi nenek menggantikan tempatnya. Seandainya tekaan itu tidak tepat maka watak nenek masih menjadi miliknya dan permainan diteruskan.



 

ASAL USUL 


Teng-teng atau lebih dikenali sebagai ketinting adalah sejenis permainan tradisional yang selalu dimainkan oleh kanak-kanak. Kebiasaannya permainan ini selalu dimainkan oleh kanak-kanak perempuan berbanding kanak-kanak lelaki. Hal ini demikian kerana permainan ini tidak begitu lasak dan hanya menggunakan kaedah lompatan satu kaki dan dua kaki. Permainan ini hanya memerlukan pemerhatian di gelanggang yang kecil sahaja. Teng-teng hanya dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak yang terdiri daripada dua hingga empat orang sahaja. Sekiranya lebih,ianya akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk bermain kerana hanya dimainkan di kawasan yang bersaiz kecil sahaja.



GELANGGANG &GUNDU (BUAH TENG-TENG)

Di kawasan kampung,gelanggang dibuat hanya menggoreskannya di atas tanah sahaja. Gelanggang ini memerlukan kawasan yang rata untuk menggoreskannya. Di kawasan perumahan atau pekan yang tiada halaman bertanah,mereka menggunakan kapur tulis untuk dilukis di kawasan jalan bertar. Terdapat sembilan petak-petak kosong bagi satu gelanggang.

Selain dari gelanggang,gundu atau buah teng-teng juga penting dalam permainan ini. Gundu mestilah berbentuk leper dan anggaran saiz bagi gundu adalah sebesar duit syiling 50sen. Antara benda yang boleh dijadikan gundu ialah pecahan pinggan,kepingan besi dan batu yang leper. Gundu berperanan sebagai tanda bagi para pemain untuk menggerakkan kedudukan mereka di petak gelanggang.
UNDIAN

Sebelum memulakan permainan ini,pemain haruslah melakukan undian untuk mengetahui pemain mana yang harus memulakan permainan dahulu. Sesetengah undian dengan cara memilih batang ranting atau lidi. Pemain yang memiliki batang ranting atau lidi yang terpanjang akan memulakan permainan dahulu dan begitulah sebaliknya. Selain itu, undian juga boleh dibuat dengan menggunakan kaedah lai la li tam plong.

CARA BERMAIN

Pada permulaan permainan,pemain hendaklah mencampakkan gundu ke dalam petak pertama dengan cara mambelakangkan petak. Setelah selesai melepasi parmainan pertama,kedua dan seterusnya cara mencampakkan gundu adalah sama. Pemain dianggap mati atau hilang giliran jika gundu tidak masuk ke dalam petak yang ditentukan atau terkeluar dari petak tersebut. Setelah pemain mati atau hilang giliran,pemain lain akan mengambil bahagian pula.

Pemain dikehendaki melompat ke dalam kesemua petak dengan sebelah kaki kecuali di petak sembilan dengan kedua belah kaki. Bagi pemain yang baru sahaja memulakan permainan dimana gundu berada di petak pertama,maka pemain hendaklah melompat terus ke petak kedua dan petak seterusnya.

Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan,setibanya di petak kedua dan keempat,pemain hendaklah memijak dengan kaki kanan di petak kedua dan kaki kiri di petak keempat. Setelah itu,pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga pula dengan hanya sebelah kaki dan seterusnya gundu hendaklah dikutip di petak pertama lalu melompat ke petak pertama dan terus ke garisan penamat.

Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di dalamnya samada kepunyaannya sendiri atau pihak lawan. Jika ini berlaku ia dikira mati,giliran pemain seterusnya mengambil alih permainan.



Permainan ini bertujuan menentukan pasukan mana yang mempunyai bilangan ahli paling ramai. Tiada sebarang alatan diperlukan, cuma sebuah lagu yang menarik dinyanyikan untuk mengiringi setiap langkah permainan.
Cara Bermain
Dua orang dipilih menjadi ketua, kebiasaanya bertubuh besar dan menggunakan nama samaran yang hanya diketahui oleh mereka berdua sahaja. Kedua-dua ketua ini akan berhadapan antara satu sama lain dengan memegang tangan masing-masing yang diangkat keatas, bagi memudahkan para ahlinya melintasi dibawahnya. Semasa ini sebuah nyanyian dialunkan 'Jan-jan jala Jala itik jala ayam. Berapa lubang kancil? Seratus lima puluh. Singgah Cik Dayang singgah. Makan sirih mulut merah." Sebaik sahaja lagu itu selesai dinyanyikan, ketua-ketua itu akan menangkap pemain terakhir yang sedang melintas.
Menentukan Pemain
Setelah itu, pemain yang ditangkap tadi dibawa ke tempat lain oleh ketua-ketua itu untuk disoal. Kemudian mereka menyebut nama samaran yang telah ditetapkan sebelum permainan. Pemain yang ditangkap itu dikehendaki memilih salah satu nama tersebut. Pemain-pemain tadi dikehendaki berdiri di belakang ketua yang mana namanya dipilih oleh ahli tadi dengan merahsiakan nama pilihannya kepada ahli yang lain. Kemudian permainan dimulakan semula seperti awal tadi, sehinggalah semua pemain selesai memilih ketua masing-masing.
Pertukaran Pemain
Jika ada kumpulan mempunyai jumlah ahli yang lebih ramai daripada kumpulan yang satu lagi, rayuan boleh dibuat untuk pertukaran ahli bagi mengimbangkan jumlah ahli setiap pasukan. Bagaimanapun, pertukaran hanya boleh dibuat setelah persetujuan di antara kedua-dua belah pihak dicapai. Jika tidak mahu membuat pertukaran, permainan akan tamat di situ dan ketua itu dikira menang, kerana mempunyai ahli yang paling ramai.



Pengenalan 

Permainan tradisional yang dimainkan diluar rumah. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa.
Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja.
Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang.
Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain.


Pengenalan

Permainan Ini Satu Kisah ini adalah satu permainan ringkas yang direka khas untuk mengasah bakat dan kemahiran mendengar serta kemahiran berfikir seseorang individu khasnya kepada kanak-kanak. Selain itu, permainan ini juga dapat menjadi aktiviti yang berfaedah yang dapat dimainkan pada masa lapang.

Peraturan

Sebenarnya tiada peraturan khusus yang diperuntukkan dalam permainan ini tetapi beberapa perkara haruslah diambilkira oleh pemain-pemain. Antaranya ialah:
Jumlah pemain hendaklah sekurang-kurangnya 2 orang pemain. Namun jika lebih ramai pemain akan menjadikan permainan semakin menyeronokkan dan lebih mencabar.Masa yang diambil oleh seorang pemain untuk berfikir hendaklah tidak melebihi 3 saat atau pemain akan dikira mati dan terkeluar dari permainan. Pemain tidak dibenarkan merujuk kepada mana-mana bahan atau sumber semasa dalam permainan.Seorang pengadil dan penjaga masa diperlukan untuk mengetuai permainan.

Bahan dan Alatan

Tiada bahan dan alatan khusus yang digunakan di dalam permainan ini.

Objektif: Melatih pelajar-pelajar berfikir dan berimiginasi dengan baik.

Bahan: Kertas arahan (sampul)

Cara bermain: Kelas/berkumpulan

 Langkah:

1. Pelajar duduk di tempat masing-masing.

2. Anda perlu membuat satu lakonan.

3. Pelajar diminta meneka apa yang dilakonkan oleh anda.

4. Kemudian anda perlu memilih seorang pelajar membuat lakonan berdasarkan arahan dalam sampul yang dipilih.

5. Pelajar lain diminta meneka lakonan tersebut.

6. Seterusnya anda boleh melakukannya berdasarkan perlawanan kumpulan.Kumpulan lawan akan meneka lakonan wakil kumpulan lain.

7. Penilaian dilakukan berdasarkan ketepatan meneka.



Objektif: Melatih keberanian pelajar dalam menyebut atau menjawab soalan.

Bahan: Kotak, radio (sumber muzik), lipatan kertas yang mengandungi soalan.

Cara bermain: Kumpulan/Kelas.

Langkah:

1. Permainan ini boleh melibatkan semua pelajar dalam satu kumpulan.

2. Apabila muzik dimainkan, kotak mula diedarkan. Pelajar akan meyerahkan kotak tersebut kepada rakan sebelahnya dan begitulah seterusnya.

3. Apabila muzik dihentikan, pelajar yang terakhir yang memegang kotak itu akan didenda.

4. Pelajar yang didenda, perlu membuka kotak itu dan mengambil lipatan kertas yang mengandungi soalan (denda), pelajar dikehendaki membaca denda itu dengan kuat.



Bilangan pemain: Tidak terhad
Kawasan : Kawasan lapang
Alatan permainan : Petikan pendek

Peraturan permainan :

I) Pemain pertama akan diberikan masa selama 30 saat untuk membaca petikan dan cuba mengingati sebanyak mana maklumat yang terdapat di dalam petikan tersebut.

II) Setelah 30 saat pemain pertama akan menuju kepada pemain kedua. Permain pertama tadi akan membisikkan maklumat yang telah dia peroleh daripada petikan tersebut kepada pemain kedua dan masa yang diberikan juga adalah 30 saat.

III) Setelah 30 saat pemain kedua akan menuju kepada pemain ketiga dan seterusnya membisikkan maklumat yang diperoleh daripada pemain pertama tadi kepada pemain yangketiga. Masa yang diperuntukkan adalah 30 saat juga.


Permainan memerlukan pemain peka terhadap arahan yang diberikan. Pemain juga hendaklah tahu apa yang ditunjuk dan tidak mudah tertipu dengan apa yang guru lakukan.

Peraturan

1. Pemain hendaklah memandang ke arah guru semasa permainan dijalankan. 
Tidak boleh menutup mata.

2. Pemain mendengar apa yang guru arahkan.

3. Peserta dikira kalah atau terkeluar dari permainan ini apabila peserta salah menunjukkan bahagian muka yang dikehendaki.

Cara bermain

1. Pada mulanya, guru akan menunjukkan anggota bahagian muka dengan jari telunjuk sepertimata, hidung, dahi, pipi, telinga, bibir serta dagu.

2. Kemudian, guru meminta pemain agar mendengar arahan yang diarahkan sambilmenunjukkan bahagian muka dengan betul.

3. Sementara itu, guru turut menunjukkan bahagian muka yang diarahkan tetapi tidak mengikut padanan yang betul. Contohnya, guru memberi arahan agar menunjuk hidung tetapi jari telunjuk guru menunjuk telinga.

Bermain merupakan perkara yang paling digemari oleh kanak-kanak.Bermain merupakan proses semulajadi dan spontan.Bermain adalah kerja kanak-kanak yang dapat menghasilkan  pengalaman,  pembelajaran  dan kemahiran. Bermain  juga membenarkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif. Bagi kanak-kanak yang sedang membesar,  bermain  merupakan  satu keperluan dan  perkara yang menyeronokkan.Bermain juga tidak dianggap sebagai satu bebanan kepada  mereka malahan ia merupakan satu kepuasan. Melalui aktiviti ini kanak-kanak juga dapat belajar  pelbagai  perkara dan proses ini dikenali pembelajaran tidak formal.

Permainan kecil pula adalah sangat penting dalam kehidupan kanak-kanak. Permainan kecil boleh melibatkan koordinasi motor-kasar atau koordinasi  motor-halus.Koordinasi motor-kasar  melibatkan pergerakan otot-otot besar seperti melompat, berlari  dan lain-lain manakala koordinasi motor-halus melibatkan pergerakan otot-otot kecil seperti menggunting, melipat dan lain-lain. Antara ciri-ciri permainan kecil ialah melibatkan kemahiran-kemahiran asas, mempunyai peraturan yang minimum,  menggunakan peralatan yang sedikit,  menggunakan  ruang yang kecil atau sederhana  serta mudah dijalankan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...