Permainan
Mencari Cucu merupakan permainan tradisional yang dimainkan oleh kanak-kanak
diluar rumah. Ianya dimainkan oleh beberapa orang dengan jumlah yang ramai.
Halaman rumah atau tempat lapang merupakan gelanggang yang sering digemari oleh
mereka.
Didalam
permainan ini terdapat dua buah lagu khas yang didendangkan. Sehelai sapu
tangan atau kain untuk menutup mata dan sebatang kayu tongkat diperlukan
sebagai alat.
Menentukan
Nenek
Sebelum
permainan dimulakan seorang dari mereka haruslah menjadi nenek. Bagi menentukan
nenek maka undian secara lai lai li tam plong perlu dijalankan. Siapa
dikalangan mereka yang kalah dalam undian tersebut maka akan ditutup matanya
dengan sapu tangan atau kain untuk dijadikan nenek. Sebatang tongkat diberikan
untuk dipegang dan berperlakuan seperti nenek tua yang buta.
Permainan
Cari Cucu
Kesemua
pemain membuat satu bulatan mengelilingi nenek dengan berpegangan tangan
diantara satu sama lain. Sebuah dendangan dinyanyikan oleh cucu secara
beramai-ramai.
Nyanyian
Nenek, nenek,
si bongkok tiga.
Siang mengantuk,
malam berjaga.
Mencari cucu
dimana ada.
Nenek ku kahwin
dengan anak raja.
si bongkok tiga.
Siang mengantuk,
malam berjaga.
Mencari cucu
dimana ada.
Nenek ku kahwin
dengan anak raja.
Ketika
cucu bernyanyi berpusing-pusing mengelilingi nenek, maka perlakonan nenek
seperti orang buta terbongkok-bongkok dengan menggunakan tongkat mencari jalan.
Setelah
cucu tamat mendendangkan nyanyian, maka nenek pula mengambil giliran
mendendangkan nyanyiannya.
Nyanyian
Cucu, cucu
tak dapat lari.
Nenek tua
banyak sakti.
Sekarang nenek
nak cari ganti.
Siapa yang kena,
dia yang jadi.
tak dapat lari.
Nenek tua
banyak sakti.
Sekarang nenek
nak cari ganti.
Siapa yang kena,
dia yang jadi.
Setelah
selesai dendangan nenek masing-masing cucu duduk mencangkung mendiamkan diri
dengan harapan nenek tidak mengetahui kedudukan mereka. Dengan menggunakan
tongkat nenek mencari-cari cucu yang mendiamkan diri disekelilingnya. Setelah
berjaya menangkap seorang cucu nenek perlu meneka nama pemain tersebut dengan
betul.
Sekiranya
tekaan nenek itu betul maka pemain tersebut akan menjadi nenek menggantikan
tempatnya. Seandainya tekaan itu tidak tepat maka watak nenek masih menjadi
miliknya dan permainan diteruskan.
Tweet |