Pengenalan
Permainan
tradisional yang dimainkan diluar rumah. Permainan ini bukan sahaja dimainkan
oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan
kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa.
Permainan ini
tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri dari
kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain
tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh
pemain sahaja.
Salah seorang dari
ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai
awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap
penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang garisan
permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala
awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang.
Sebelum permainan
dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua
ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan
pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan
cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain.
Kawasan permainan yang sederhana luas
diperlukan, samada di atas tanah, kawasan bertar atau bersimin dan di atas
padang. Tiada ukuran khas penetapan yang perlu dipatuhi, tetapi dianggarkan
antara enam hingga lapan meter lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang
gelanggang antara tiga hingga empat meter. Jumlah garisan lintang bagi
awak-awak tidak terhad, ia mengikut jumlah pemain bagi setiap pasukan.
Sebagai
penanda garisan, akan digunakan tepung atau tali jika dimainkan di atas padang.
Cat juga boleh digunakan sekiranya gelanggang simin. Tetapi kebanyakan
kanak-kanak akan melorekkan garisan tersebut di atas tanah sahaja.
Cara Bermain
Sejurus
sebelum permainan dimulakan, ketua pasukan penyerang akan menepuk tangan ketua
pasukan bertahan di petak kepala gelanggang. Ini menandakan permainan sudah
dimulakan dan awak-awak boleh mula menyerang, samada secara individu atau
beramai-ramai.
Setiap
pemain hendaklah melepasi semua garisan hingga ke garisan belakang sekali dan
kembali semula hingga ke garisan hadapan tanpa dapat dicuit oleh pasukan
bertahan. Jika salah seorang dapat dicuit oleh pasukan bertahan maka pasukan
itu dikira mati. Pertukaran kedudukan akan dilakukan iaitu pasukan yang
bertahan akan jadi pasukan penyerang dan sebaliknya.
Peraturan Permainan
Kesemua
pemain pasukan penyerang akan dikira mati jika salah seorang dari mereka dicuit
oleh pemain pasukan bertahan.
Pemain
pasukan penyerang tidak boleh
berundur kebelakang setelah melepasi garisan gelanggang, ia dikira mati yang
akan menyebabkan pertukaran kedudukan pasukan.
Pasukan
penyerang dikira mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari garisan
gelanggang.
Pasukan
penyerang dikira menang jika salah seorang dari pemainnya dapat melepasi
kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan. Satu mata diberikan kepada
pasukan ini dan permainan akan dijalankan semula.
Mana-mana
pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira memenangi perlawan
tersebut.
Tweet |