CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »



Bilangan pemain: Tidak terhad
Kawasan : Kawasan lapang
Alatan permainan : Petikan pendek

Peraturan permainan :

I) Pemain pertama akan diberikan masa selama 30 saat untuk membaca petikan dan cuba mengingati sebanyak mana maklumat yang terdapat di dalam petikan tersebut.

II) Setelah 30 saat pemain pertama akan menuju kepada pemain kedua. Permain pertama tadi akan membisikkan maklumat yang telah dia peroleh daripada petikan tersebut kepada pemain kedua dan masa yang diberikan juga adalah 30 saat.

III) Setelah 30 saat pemain kedua akan menuju kepada pemain ketiga dan seterusnya membisikkan maklumat yang diperoleh daripada pemain pertama tadi kepada pemain yangketiga. Masa yang diperuntukkan adalah 30 saat juga.

IV) Begitulah seterusnya, pemain ketiga akan mengulangi memberikan maklumat kepada pemain keempat. Permainan akan diteruskan sehinggalah kepada pemain yang terakhir.

V) Apabila tiba kepada pemain yang terakhir, dia akan berlari ke hadapan dan menyebut kesemua maklumat yang disampaikan kepadanya. Disini maklumat tersebut dapatlah kita banding bezakan sama ada ia tepat, berkurang, terlebih atau apa sahaja daripada maklumat asal dari petikan tadi.

Contoh petikan:”Mak cik Halimah menyuruh anaknya, Halimaton ke kedai Pak Halim seberang jalan sebelah pokok ketapang membeli kicap, beras, bawang, dan gula halus naik basikal tua milik Nek Mah”

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...