CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »



Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.

Masalah Disleksia adalah berbeza dengan Afasia, yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi.

Perkataan disleksia diambil daripada istilah Yunani, dys yang bermaksud 'sulit dalam...' dan lex (diambil daripada legein) yang bermakna 'bercakap'. Secara kesimpulannya, disleksia bermakna menderita kesukaran yang berhubungan dengan kata atau simbol-simbol tulisan.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa.

Di Malaysia, kanak-kanak yang telah disahkan disleksia boleh mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan memperoleh bantuan RM150 sebulan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah seliaannya.


Ciri-ciri Pengidapnya 
  1.     Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
  2.     Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
  3.     Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
  4.   Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b'     dianggap 'd' dan 'p'  dianggap 'q'.
  5.   Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
  6.   Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa       memikirkan orang lain.
  7.  Sering berlaku di kalangan lelaki.
  8.  Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
  9. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.

Punca-punca Disleksia

Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.

Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.


Rawatan
Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir, dan sosial.




Selamat hari guru di ucapkan kepada guru-guru di seluruh dunia.Jasamu sangat besar dan akan kukenang selalu.Terima kasih ku ucapkan kepada  guru yang mengajarku.Tanpa anda yang membimbingku tiadalah ku seperti hari ini.1 Aspirasi 1 Agenda.Terima kasih Cikgu!!

Seorang Guru & Seorang Murid

Kalau guru mengajar sambil duduk ,
Murid belajar sambil mengantuk

Kalau guru mengajar sambil bercerita ,
Murid pandai membaca, mengira

Kalau guru mengajar sambil berlakon,
Murid belajar dengan tekun

Kalau guru mengajar tanpa alat,
Murid belajar dengan ralat

Kalau mengajar banyak bercakap,
Ramai murid pandai berbicara

Kalau guru menjadi pemudahcara,
Tak kan tahu murid bodoh dan pandai
  
Kalau mengajar tanpa nilai,
Ada murid bertambah gagap

Kalau guru berbudi bahasa,
Dikenang murid sepanjang masa

Kalau guru mempunyai cita mulia,
Murid menjadi anakbangsa pewaris dunia yang sejahtera








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...