Pengenalan
Dibeberapa
tempat permainan ini dinamakan juga sebagai main sorok-sorok. Kanak-kanak
lelaki dan perempuan amat mengemari permainan ini, ia amat mudah dan jumlah
pemain yang tidak terhad. Lebih ramai yang bermain lebih mendatangkan
keseronokan dan bertambah meriah lagi bagi mereka.
Jenis
permainan luar rumah dan memerlukan kawasan yang luas, persekitaran rumah akan
dijadikan gelanggang. Sebatang pokok atau tiang akan dijadikan ibu atau rumah
iaitu induk untuk pemain yang akan mencari rakan mereka yang menyorok.
Undian
Sebelum
permainan dijalankan, kesemua pemain akan mencari seorang yang dinamakan
pencari. Undian secara lai lai li tam plong dijalankan kepada semua
pemain.
Setelah
pencari ditentukan, ia hendaklah berdiri dengan menutup matanya di rumah induk.
Kiraan akan dibuat 1 hingga 100 atau kurang bilangannya secara kuat. Setelah
selesai kiraan dibuat, pencari akan mula mencari rakan pemain lain yang
menyorok disekitar kawasan yang telah ditetapkan. Jika terdapat pemain yang
menyorok diluar kawasan yang telah ditetapkan ia dikira jadi dan akan mengambil
peranan sebagi pencari pula.
Sekiranya
pencari telah menjumpai salah seorang dari mereka, hendaklah disebut dengan
kuat namanya dan dituruti dengan sebutan ibu. Dalam masa yang sama
pencari hendaklah berlari ke rumah induk serta mencuit induk, dengan tujuan
mematikan pemain yang ditemui agar pemain itu tidak boleh mencuit induk pula.
Pencarian ini akan dilakukan berterusan hingga kesemua pemain yang menyorok
ditemui.
Setelah
seleasi kesemua pemain yang menyorok ditemui dan tiada seorang pun yang dapat
membantu membatalkan cuitan pencari ke rumah induk, maka pemain yang mula-mula
ditemui itu akan jadi pencari pula.
Seandainya
pemain yang ditemui itu sempat mencuit terlebih dahulu dari pencari ke rumah
induk, maka pencari ini akan jadi semula sebagai pencari dan permainan
dimulakan semula. Hal yang sedemikian juga boleh terjadi sekiranya salah
seorang dari pemain mencuit rumah induk dengan menjeritkan perkataan ibu,
maka permainan akan dimulakan semula dan pencari akan tetap memegang
peranannya.
Tweet |