Aneka batu seremban |
Pengenalan
Batu
Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanak-kanak
perempuan gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara
berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.
Guli
kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan
objek lain berbentuk bulat biasanya digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan
ini sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.
Permainan
ini sering dimainkan diwaktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah atau
dimana sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata dan
bersih. Para pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara begini
memudahkan permainan tersebut dimainkan.
Menentukan
Giliran
Sebelum
permainan dimulakan, seorang demi seorang pemain dikehendaki menimbang buah,
bagi mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan bermain dahulu sebagai
pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Cara menimbang buah adalah dengan
kesemua buah diletakkan di atas tapak tangan dan dilambung keudara, kemudiannya
hendaklah disambut pula dengan belakang tapak tangan. Jumlah buah yang dapat
disambut itu adalah dikira sebagai mata.
Dalam
bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah
yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan
sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada
peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.
Buah
Satu
Kesemua
buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai, berkeadaan
buah-buah itu tidak bersentuhan antara satu dengan yang lain. Sebiji buah
diambil untuk dijadikan ibu, dan ibu hendaklah dilambungkan keudara, dalam masa
yang sama sementara buah ibu masih berada diudara, sebiji lagi buah hendaklah
dikutip. Dalam masa yang sama pemain hendaklah menyambut buah ibu, apabila
telah disambut sebiji buah hendaklah digenggam di dalam tangan yang sebelah
lagi. Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga kesemua buah di atas lantai
itu habis dilambung dan disambut.
Buah
Dua
Cara
buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu, tetapi buah yang dikutip
mestilah dengan dua biji serentak, ini bermakna hanya dua kali lambungan buah
ibu dilakukan.
Buah
Tiga
Buah
tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan mengutip
sebiji buah dahulu, pada lambungan kali kedua pemain hendaklah mengutip tiga
biji buah serentak.
Buah
Empat
Pemain
mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang sama
hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan.
Buah
Lima
Diperingkat
ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tangan tergenggam lima
biji buah, sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat biji buah baki
hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta menyambut buah ibu sahaja.
Buah
Enam
Ditahap
buah enam terdapat perbezaan, ianya juga dinamakan buah tukar dimana
dua biji buah dijadikan buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke
udara maka sebiji lagi buah ibu itu hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang
terdapat di atas lantai, sehingga selesai.
Buah
Tujuh
Buah
tujuh adalah urutan dari peringkat permainan buah enam. Dua biji buah yang
masih berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serantak. Sementera itu
sebiji buah hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua belah
tangan, sebiji disebelah kanan dan sebiji lagi disebelah kiri. Pada buah ibu
yang terakhir dilambungkah hendaklah juga disambut.
Menimbang
Setelah
selesai kesemua peringkat dilalui, pemain hendaklah menimbang buah untuk
mendapatkan mata. Menimbang buah diperingkat ini ada dua kaedah. Cara pertama
sama seperti permulaan menentukan pemain, mata dikira hanya mengikut bilangan
biji buah yang dapat ditimbang. Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut
dengan cara mencangkuk, maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah
yang dapat disambutnya.
Sekiranya
pemain dapat bermain sehingga keperingkat menimbang dengan memperolehi mata,
maka pemain tersebut boleh meneruskan permainan semula, buah satu dan
seterusnya sehingga mati.
Mati
Permainan
Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai tangan mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh atau semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji buah ianya dikira mati (permainan ditamatkan) dan permainan akan diserahkan kepada pemain seterusnya.
Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai tangan mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh atau semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji buah ianya dikira mati (permainan ditamatkan) dan permainan akan diserahkan kepada pemain seterusnya.
Tweet |