Pertandingan
ini adalah secara individu.Peserta perlu berlari sambil meniup belon hingga
sampai di destinasi yang sejauh 30 meter dan peserta lari balik ke tempat
permulaan.Apabila sampai ke tempat akhir iaitu tempat permulaan,belon mestilah
sudah diikat dengan getah.Peserta yang sampai dahulu adalah dikira pemenang.
Peraturan:-
Sekira semasa
berlari belon terlepas ataupun pecah, belon yang baru akan diberikan tetapi
peserta mestilah berlari semula dari tempat permulaan.
Pemain A
dikehendaki membaling pundi kacang ke arah belakang dan disambut oleh pemain
B.Seterusnya B ke C dan C ke D.Pemain E dikehendaki memegang bakul untuk menyambut
pundi kacang yang dibaling oleh D.Masa yang diberikan ialah 5 minit.Markah
dikira berdasarkan bilangan pundi kacang yang terbanyak. Pasukan mengutip pundi kacang yang terbanyak dalam acara ini akan
menjadi pemenang.
Peraturan:-
Pemain
hendaklah membaling pundi kacang kepada orang dibelakangnya. Contohnya, pemain
A mestilah membaling pundi kacang kepada pemain B dan bukan kepada pemain C,D
atau E.Setiap pemain hendaklah menghadap ke hadapan semasa membaling atau
menyambut pundi kacang.Pemain tidak boleh menoreh kepala ke belakang semasa
membaling pundi kacang.Jika pemain membaling pundi kacang dan pemain di
belakangnya tidak dapat menyambut pundi kacang itu, maka
permainan perlu dimain semula dari pemain A.Markah tidak akan diambil kira
sekiranya terdapat salah satu pemain daripada kumpulan itu gagal menyambut
pundi kacang.
Semua peserta
terlibat dalam permainan ini kecuali penjaga radio. Permainan dimulakan dengan
meletakkan 9 buah kerusi dalamsatu bulatan. Semua peserta akan berdiri di
hadapan kerusi danbergerak apabila muzik dimainkan. Apabila muzik dihentikan,
kesemuapeserta perlu berebut untuk mendapatkan kerusi yang ada dan duduk.
Jika
pemain yang tidak berjaya mendapatkan kerusi, pemain tersebut akan terkeluar
daripada permainan ini.Kemudian, sebuah kerusi akan dikeluarkan, permainan
diteruskan sehingga hanya tinggal sebuah kerusi bagi dua orang
pemain.Pemenang dikira berdasarkan kepada pemain terakhir yang berjaya merebut
kerusi yang tinggal.
Permainan
Mencari Cucu merupakan permainan tradisional yang dimainkan oleh kanak-kanak
diluar rumah. Ianya dimainkan oleh beberapa orang dengan jumlah yang ramai.
Halaman rumah atau tempat lapang merupakan gelanggang yang sering digemari oleh
mereka.
Didalam
permainan ini terdapat dua buah lagu khas yang didendangkan. Sehelai sapu
tangan atau kain untuk menutup mata dan sebatang kayu tongkat diperlukan
sebagai alat.
Menentukan
Nenek
Sebelum
permainan dimulakan seorang dari mereka haruslah menjadi nenek. Bagi menentukan
nenek maka undian secara lai lai li tam plong perlu dijalankan. Siapa
dikalangan mereka yang kalah dalam undian tersebut maka akan ditutup matanya
dengan sapu tangan atau kain untuk dijadikan nenek. Sebatang tongkat diberikan
untuk dipegang dan berperlakuan seperti nenek tua yang buta.
Permainan
Cari Cucu
Kesemua
pemain membuat satu bulatan mengelilingi nenek dengan berpegangan tangan
diantara satu sama lain. Sebuah dendangan dinyanyikan oleh cucu secara
beramai-ramai.
Nyanyian
Nenek, nenek,
si bongkok tiga.
Siang mengantuk,
malam berjaga.
Mencari cucu
dimana ada.
Nenek ku kahwin
dengan anak raja.
Ketika
cucu bernyanyi berpusing-pusing mengelilingi nenek, maka perlakonan nenek
seperti orang buta terbongkok-bongkok dengan menggunakan tongkat mencari jalan.
Setelah
cucu tamat mendendangkan nyanyian, maka nenek pula mengambil giliran
mendendangkan nyanyiannya.
Nyanyian
Cucu, cucu
tak dapat lari.
Nenek tua
banyak sakti.
Sekarang nenek
nak cari ganti.
Siapa yang kena,
dia yang jadi.
Setelah
selesai dendangan nenek masing-masing cucu duduk mencangkung mendiamkan diri
dengan harapan nenek tidak mengetahui kedudukan mereka. Dengan menggunakan
tongkat nenek mencari-cari cucu yang mendiamkan diri disekelilingnya. Setelah
berjaya menangkap seorang cucu nenek perlu meneka nama pemain tersebut dengan
betul.
Sekiranya
tekaan nenek itu betul maka pemain tersebut akan menjadi nenek menggantikan
tempatnya. Seandainya tekaan itu tidak tepat maka watak nenek masih menjadi
miliknya dan permainan diteruskan.
Teng-teng atau
lebih dikenali sebagai ketinting adalah sejenis permainan tradisional yang
selalu dimainkan oleh kanak-kanak. Kebiasaannya permainan ini selalu dimainkan
oleh kanak-kanak perempuan berbanding kanak-kanak lelaki. Hal ini demikian
kerana permainan ini tidak begitu lasak dan hanya menggunakan kaedah lompatan
satu kaki dan dua kaki. Permainan ini hanya memerlukan pemerhatian di
gelanggang yang kecil sahaja. Teng-teng hanya dimainkan oleh sekumpulan
kanak-kanak yang terdiri daripada dua hingga empat orang sahaja. Sekiranya
lebih,ianya akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk bermain kerana
hanya dimainkan di kawasan yang bersaiz kecil sahaja.
GELANGGANG &GUNDU (BUAH TENG-TENG)
Di kawasan
kampung,gelanggang dibuat hanya menggoreskannya di atas tanah sahaja.
Gelanggang ini memerlukan kawasan yang rata untuk menggoreskannya. Di kawasan
perumahan atau pekan yang tiada halaman bertanah,mereka menggunakan kapur tulis
untuk dilukis di kawasan jalan bertar. Terdapat sembilan petak-petak kosong
bagi satu gelanggang.
Selain
dari gelanggang,gundu atau buah teng-teng juga penting dalam permainan ini.
Gundu mestilah berbentuk leper dan anggaran saiz bagi gundu adalah sebesar duit
syiling 50sen. Antara benda yang boleh dijadikan gundu ialah pecahan
pinggan,kepingan besi dan batu yang leper. Gundu berperanan sebagai tanda bagi
para pemain untuk menggerakkan kedudukan mereka di petak gelanggang.
UNDIAN
Sebelum
memulakan permainan ini,pemain haruslah melakukan undian untuk mengetahui
pemain mana yang harus memulakan permainan dahulu. Sesetengah undian dengan
cara memilih batang ranting atau lidi. Pemain yang memiliki batang ranting atau
lidi yang terpanjang akan memulakan permainan dahulu dan begitulah sebaliknya.
Selain itu, undian juga boleh dibuat dengan menggunakan kaedah lai la li tam
plong.
CARA BERMAIN
Pada permulaan permainan,pemain hendaklah mencampakkan gundu ke dalam petak
pertama dengan cara mambelakangkan petak. Setelah selesai melepasi parmainan
pertama,kedua dan seterusnya cara mencampakkan gundu adalah sama. Pemain
dianggap mati atau hilang giliran jika gundu tidak masuk ke dalam petak yang
ditentukan atau terkeluar dari petak tersebut. Setelah pemain mati atau hilang
giliran,pemain lain akan mengambil bahagian pula.
Pemain dikehendaki melompat ke dalam kesemua petak dengan sebelah kaki kecuali
di petak sembilan dengan kedua belah kaki. Bagi pemain yang baru sahaja
memulakan permainan dimana gundu berada di petak pertama,maka pemain hendaklah
melompat terus ke petak kedua dan petak seterusnya.
Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan,setibanya di petak kedua
dan keempat,pemain hendaklah memijak dengan kaki kanan di petak kedua dan kaki
kiri di petak keempat. Setelah itu,pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga
pula dengan hanya sebelah kaki dan seterusnya gundu hendaklah dikutip di petak
pertama lalu melompat ke petak pertama dan terus ke garisan penamat.
Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di dalamnya
samada kepunyaannya sendiri atau pihak lawan. Jika ini berlaku ia dikira
mati,giliran pemain seterusnya mengambil alih permainan.
Permainan
ini bertujuan menentukan pasukan mana yang mempunyai bilangan ahli paling
ramai. Tiada sebarang alatan diperlukan, cuma sebuah lagu yang menarik
dinyanyikan untuk mengiringi setiap langkah permainan.
Cara Bermain
Dua orang dipilih menjadi ketua, kebiasaanya
bertubuh besar dan menggunakan nama samaran yang hanya diketahui oleh mereka
berdua sahaja. Kedua-dua ketua ini akan berhadapan antara satu sama lain dengan
memegang tangan masing-masing yang diangkat keatas, bagi memudahkan para
ahlinya melintasi dibawahnya. Semasa ini sebuah nyanyian dialunkan 'Jan-jan
jala Jala itik jala ayam. Berapa lubang kancil? Seratus lima puluh. Singgah Cik
Dayang singgah. Makan sirih mulut merah." Sebaik sahaja lagu itu selesai dinyanyikan,
ketua-ketua itu akan menangkap pemain terakhir yang sedang melintas.
Menentukan Pemain
Setelah itu, pemain yang ditangkap tadi
dibawa ke tempat lain oleh ketua-ketua itu untuk disoal. Kemudian mereka
menyebut nama samaran yang telah ditetapkan sebelum permainan. Pemain yang
ditangkap itu dikehendaki memilih salah satu nama tersebut. Pemain-pemain tadi
dikehendaki berdiri di belakang ketua yang mana namanya dipilih oleh ahli tadi
dengan merahsiakan nama pilihannya kepada ahli yang lain. Kemudian permainan
dimulakan semula seperti awal tadi, sehinggalah semua pemain selesai memilih
ketua masing-masing.
Pertukaran Pemain
Jika ada kumpulan mempunyai jumlah ahli yang
lebih ramai daripada kumpulan yang satu lagi, rayuan boleh dibuat untuk
pertukaran ahli bagi mengimbangkan jumlah ahli setiap pasukan. Bagaimanapun,
pertukaran hanya boleh dibuat setelah persetujuan di antara kedua-dua belah
pihak dicapai. Jika tidak mahu membuat pertukaran, permainan akan tamat di situ
dan ketua itu dikira menang, kerana mempunyai ahli yang paling ramai.
Permainan
tradisional yang dimainkan diluar rumah. Permainan ini bukan sahaja dimainkan
oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan
kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa.
Permainan ini
tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri dari
kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain
tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh
pemain sahaja.
Salah seorang dari
ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai
awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap
penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang garisan
permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala
awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang.
Sebelum permainan
dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua
ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan
pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan
cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain.
Permainan Ini Satu Kisah ini adalah satu permainan ringkas yang direka khas
untuk mengasah bakat dan kemahiran mendengar serta kemahiran berfikir seseorang
individu khasnya kepada kanak-kanak. Selain itu, permainan ini juga dapat
menjadi aktiviti yang berfaedah yang dapat dimainkan pada masa lapang.
Peraturan
Sebenarnya tiada peraturan khusus yang diperuntukkan dalam permainan ini tetapi
beberapa perkara haruslah diambilkira oleh pemain-pemain. Antaranya ialah:
Jumlah pemain hendaklah sekurang-kurangnya 2 orang pemain. Namun jika lebih
ramai pemain akan menjadikan permainan semakin menyeronokkan dan lebih
mencabar.Masa yang diambil oleh seorang pemain untuk berfikir hendaklah tidak
melebihi 3 saat atau pemain akan dikira mati dan terkeluar dari permainan.
Pemain tidak dibenarkan merujuk kepada mana-mana bahan atau sumber semasa dalam
permainan.Seorang pengadil dan penjaga masa diperlukan untuk mengetuai
permainan.
Bahan dan Alatan
Tiada bahan dan alatan khusus yang digunakan di dalam permainan ini.
Objektif: Melatih keberanian pelajar
dalam menyebut atau menjawab soalan.
Bahan: Kotak, radio
(sumber muzik), lipatan kertas yang mengandungi soalan.
Cara bermain: Kumpulan/Kelas.
Langkah:
1. Permainan
ini boleh melibatkan semua pelajar dalam satu kumpulan.
2. Apabila
muzik dimainkan, kotak mula diedarkan. Pelajar akan meyerahkan
kotak tersebut kepada rakan sebelahnya dan begitulah seterusnya.
3. Apabila
muzik dihentikan, pelajar yang terakhir yang memegang kotak itu akan didenda.
4. Pelajar yang
didenda, perlu membuka kotak itu dan mengambil lipatan kertas yang mengandungi
soalan (denda), pelajar dikehendaki membaca denda itu dengan kuat.
I) Pemain
pertama akan diberikan masa selama 30 saat untuk membaca petikan dan cuba
mengingati sebanyak mana maklumat yang terdapat di dalam petikan tersebut.
II) Setelah 30
saat pemain pertama akan menuju kepada pemain kedua. Permain pertama tadi akan
membisikkan maklumat yang telah dia peroleh daripada petikan tersebut kepada
pemain kedua dan masa yang diberikan juga adalah 30 saat.
III) Setelah 30
saat pemain kedua akan menuju kepada pemain ketiga dan seterusnya membisikkan
maklumat yang diperoleh daripada pemain pertama tadi kepada pemain yangketiga.
Masa yang diperuntukkan adalah 30 saat juga.
Permainan
memerlukan pemain peka terhadap arahan yang diberikan. Pemain juga hendaklah
tahu apa yang ditunjuk dan tidak mudah tertipu dengan apa yang guru lakukan.
Peraturan
1. Pemain
hendaklah memandang ke arah guru semasa permainan dijalankan.
Tidak boleh
menutup mata.
2. Pemain
mendengar apa yang guru arahkan.
3. Peserta
dikira kalah atau terkeluar dari permainan ini apabila peserta salah
menunjukkan bahagian muka yang dikehendaki.
Cara bermain
1. Pada
mulanya, guru akan menunjukkan anggota bahagian muka dengan jari telunjuk
sepertimata, hidung, dahi, pipi, telinga, bibir serta dagu.
2. Kemudian,
guru meminta pemain agar mendengar arahan yang diarahkan sambilmenunjukkan
bahagian muka dengan betul.
3. Sementara
itu, guru turut menunjukkan bahagian muka yang diarahkan tetapi tidak
mengikut padanan yang betul. Contohnya, guru memberi arahan agar menunjuk
hidung tetapi jari telunjuk guru menunjuk telinga.
Bermain
merupakan perkara yang paling digemari oleh kanak-kanak.Bermain merupakan
proses semulajadi dan spontan.Bermain adalah kerja kanak-kanak yang
dapat menghasilkan pengalaman, pembelajaran
dan kemahiran. Bermain juga membenarkan kanak-kanak melakukan
aktiviti yang kreatif. Bagi kanak-kanak yang sedang membesar,
bermain merupakan satu keperluan dan perkara
yang menyeronokkan.Bermain juga tidak dianggap sebagai satu bebanan kepada
mereka malahan ia merupakan satu kepuasan. Melalui aktiviti ini
kanak-kanak juga dapat belajar pelbagai perkara dan proses
ini dikenali pembelajaran tidak formal.
Permainan kecil
pula adalah sangat penting dalam kehidupan kanak-kanak. Permainan kecil boleh melibatkan koordinasi motor-kasar atau koordinasi
motor-halus.Koordinasi motor-kasar
melibatkan pergerakan otot-otot besar seperti melompat,
berlari dan lain-lain manakala koordinasi motor-halus melibatkan
pergerakan otot-otot kecil seperti menggunting, melipat dan lain-lain. Antara
ciri-ciri permainan kecil ialah melibatkan kemahiran-kemahiran asas, mempunyai
peraturan yang minimum,
menggunakan peralatan yang sedikit, menggunakan
ruang yang kecil atau sederhana serta mudah dijalankan.
Salam 1 Malaysia.Blog ni dibuat sekadar berkongsi maklumat dan juga BBM untuk mengajar di sekolah.Moga perkongsian yang serba sedikit ini boleh digunakan di kelas nanti.