CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

 Ada 1 nak share kat sini scrap book utk family..Sebenarnya buku ni di buat utk anak saya yang belajar di Permata SUK.Adalah tugasan kerja diberikan dimana kena membuat buku scrap book di rumah.So saya hantar yg ini..Kalau berminat boleh la kita share-share yer  =)






Kad A-Z yang diberikan pada setiap kanak-kanak di kelas semasa awal tahun..

Ni antara bbm yang saya hasilkan sendiri kalau rasa-rasa berminat bolehla click kat gambar   tersebut dan download tadaaaa... nak cantik lagi boleh print n terus laminate tampal kat kelas.





Alat Bahan
1.Bahan – Topeng Harimau
2.Bilangan Pemain – Tidak terhad

Cara bermain
1.Pilih seorang kanak-kanak untuk menjadi “Datuk Harimau”
2.Kanak-kanak lain berdiri dibelakang  ‘ Datuk Harimau’ pada jarak lebih kurang 2 meter.
3.Kanak-kanak yang berjalan di belakang akan berteriak menyebut ‘ pukul berapa datuk harimau?’
4.’Datuk Harimau’ kemudiannya menjawab ‘ pukul 1’ atau ‘pukul 3’
5.Apabila  ‘Datuk Harimau’ menjawab ‘ Pukul…. Aku lapar…’ ia akan menoleh ke belakang dan cuba menangkap kanak-kanak di belakangnya.
6.Setiap kanak-kanak yang berada di belakang perlu menyelamatkan diri agar tidak ditangkap oleh ‘Datuk Harimau’ itu.
7.’Datuk Harimau’ boleh menangkap murid pada bila-bila masa dan tidak semestinya menunggu sehingga selesai pukul 12.
8.Mereka yang telah ditangkap akan menjadi ‘Datuk Harimau’ dipusingan seterusnya.
9.Permainan ini boleh diulang-ulang seberapa benyak pusingan.Pemain yang paling kerap ditangkap dikira kalah.


Pengenalan
Permainan guli ialah melontarkan guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan dua belas tahun. Jumlah pemain tidak melebihi lima orang.
Kawasan tanah rata dan lapang adalah gelanggang yang sesuai untuk tempat bermain guli. Biji guli yang digunakan untuk permainan ini adalah jenis guli yang diperbuat daripada batu kapur, berwarna putih dan sebesar ibu jari kaki.

Gelanggang
Satu bulatan dilukiskan di atas tanah berukuran garispusat 1m. Ditengah-tengah bulatan tersebut dilekukkan sebuah lubang sebesar 10sm. lebar dan sedalam 7sm. dengan menggunakan tumit kaki yang dihentakkan ketanah. Lubang tersebut dinamakan lubang induk. Satu garisan lurus dibina dengan jarak 3m. daripada garisan besar tersebut. Garisan ini adalah sebagai penanda mula tempat permainan.
Cara Bermain
Untuk memulakan permainan setiap pemain hendaklah meleretkan biji guli masuk ke dalam lubang induk. Guli yang masuk ke dalam lubang induk atau yang terhampir adalah dikira sebagai pemain yang pertama memulakan permainan dan diikuti oleh guli-guli kedua hampir dan seterusnya.
Pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang berada di dalam kawasan bulatan agar terkeluar. Sekiranya jentikan tidak mengena ia dikira mati dan pemain kedua akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada, begitulah seterusnya sehingga semua pemain selesai membuat jentikan ke atas guli pemain lainnya.



Pengenalan
Dibeberapa tempat permainan ini dinamakan juga sebagai main sorok-sorok. Kanak-kanak lelaki dan perempuan amat mengemari permainan ini, ia amat mudah dan jumlah pemain yang tidak terhad. Lebih ramai yang bermain lebih mendatangkan keseronokan dan bertambah meriah lagi bagi mereka.
Jenis permainan luar rumah dan memerlukan kawasan yang luas, persekitaran rumah akan dijadikan gelanggang. Sebatang pokok atau tiang akan dijadikan ibu atau rumah iaitu induk untuk pemain yang akan mencari rakan mereka yang menyorok.
Undian
Sebelum permainan dijalankan, kesemua pemain akan mencari seorang yang dinamakan pencari. Undian secara lai lai li tam plong dijalankan kepada semua pemain.



Aneka batu seremban
Pengenalan
Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanak-kanak perempuan gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.
Guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasanya digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.
Permainan ini sering dimainkan diwaktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah atau dimana sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata dan bersih. Para pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara begini memudahkan permainan tersebut dimainkan.
Menentukan Giliran
Sebelum permainan dimulakan, seorang demi seorang pemain dikehendaki menimbang buah, bagi mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan bermain dahulu sebagai pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Cara menimbang buah adalah dengan kesemua buah diletakkan di atas tapak tangan dan dilambung keudara, kemudiannya hendaklah disambut pula dengan belakang tapak tangan. Jumlah buah yang dapat disambut itu adalah dikira sebagai mata.


Senarai keperluan
1.Bola
2.Kawasan lapang          

Peraturan permainan
Apabila bola dapat ditangkap oleh monyet, orang yang mencampak bola kena menjadi monyet.

Cara Bermain
1.Setiap kumpulan mesti ada 3 orang kanak-kanak
2. orang di depan dan dibelakang.
3.Seorang ditengahnya sebagai monyet
4.Pemain akan mencampak bola pada rakannya
5.Pemain yang menjadi monyet  mesti menangkap bola apa rakan tersebut sedang mebaling bola tersebut.
6.Apabila monyet dapat menangkap bola, rakan yang membaling bola tadi akan digantikan menjadi monyet pula.
7.Aktiviti boleh dilakukan dalam banyak kumpulan.


permainan bola dan monyet




Tujuan Permainan
Kanak-kanak dapat menjulur dan menyusur

Tempat
Kawasan lapang

Alat Bahan
Gelung rotan  8 unit

Peraturan Permainan

1.Setiap kanak-kanak perlu menyusur dalam gelung rotan sehingga kehujung barisan.

2.Orang yang seterusnya hanya boleh masuk ke gelung apabila orang yang sebelumnya sudah tamat menyusur.

Cara Bermain

1.Buat 4 barisan , 2 barisan  kanak-kanak tidak memegang gelung rotan dan 2 barisan untuk kanak-kanak memegang gelung rotan .Setiap barisan ada  ada 4-6 orang (mengikut jumlah kanak-kanak)

2.Barisan kanak-kanak dan pemegang gelung rotan berada dalam barisan bertentangan.

3.Apabila wisel dibunyikan wisel orang pertama berlari dan terus menyusur ke dalam gelung sehingga tamat.

4.Diikuti dengan rakan seterusnya.



Senarai  keperluan
1.Peralatan – tiada
2.Tempat – kawasan lapang
3.Bilangan kanak-kanak :Setiap kumpulan mengandungi 3 orang. Tiada had bilangan kumpulan.

Peraturan permainan.
1.Setiap kumpulan mengandungi 3 orang kanak-kanak.Dua orang daripada 3 tadi perlu menjadi sangkar dan seorang lagi menjadi burung.
2.Setiap kali burung terbang keluar mereka tidak boleh masuk ke dalam sangkar asal mereka , tetapi mesti mencari  masuk ke dalam sangkar lain.

Cara Bermain
1.Dua orang kanak- kanak menghadap antara satu sama lain berpegangan tangan untuk menjadi sangkar.
2.Seorang kanak-kanak lagi menjadi burung berdiri di dalam sangkar.
3.Terdapat juga beberapa burung di luar sangkar yang tidak mempunyai sangkar.
4.Apabila guru menyebut , “burung terbang” ataupun membunyikan wisel semua burung perlu terbang di luar sarang , termasuk burung yang tidak mempunyai sangkar.
5.Apabila guru menyebut “Burung Pulang” atau pun menbunyikan wisel semua burung perlu mencari sangkar yang kosong.
6.Burung tidak boleh masuk ke dalam sangkar asal mereka dan mesti bertukar sangkar lain.
7.Permainan boleh diulang beberapa kali.
8.Kanak-kanak yang menjadi sangkar tadi boleh bertukar menjadi burung pula.
Burung masuk ke dalam sangkar







Senarai keperluan
1.Bahan – Sapu tangan
2. Tempat –kawasan lapang
3.Bilangan permain (6 orang atau lebih)

Cara bermain
1.Kanak-kanak diminta membuat bulatan dan duduk mencangkung
2.Pilih seorang untuk membawa sapu tangan berjalan mengelilingi bulatan.
3.Pembawa sapu tangan (pemain A) boleh meletakkan sapu tangan  dibelakang pemain lain yang dipilih (pemain B) tanpa disedari oleh pemain itu.
4.Pemain A perlu berlari kerana dia akan dikejar oleh pemain B
5.Pemain B perlu mengejar pemain A dan membaling sapu tangan tersebut kepada pemain B.
6.Pemain A perlu menyelamatkan diri dengan memasuki tempat duduk yang dikosongkan oleh pemain B itu tadi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...